Fri 2 May 2008
Buat duit secara online?
Posted by AbdulHafiz under Make Money
No Comments
Mesti ramai di antara kita akan tertanya-tanya dan mula berlegar-legar di dalam fikiran mereka pertanyaan-pertanyaan dan penyataan-penytaan seperti berikut:
“Benarkah? Boleh percayakah? Tak tipukah? Boleh kah?”
ataupun,
“Ini semuanya SCAM! Tak boleh dipercayai! Mustahil! Pembohong besar!”
Saya yakin masih ramai di antara kita tidak tahu bahawa terdapat segelintir insan yang meraih pendapatan melalui internet. Ada yang menjadikannya sebagai duit sampingan dan ada juga yang menjadinya sebagai salah satu cabang karier. Persoalannya sekarang, benarkah? Boleh percayakah?
Jika soalan tersebut di ajukan pada saya, jawapan saya sudah pasti : YA!
Bagaimana?
Back to basic :
Kita berada dalam dunia internet tanpa sempadan. Maka menjadi satu kerugian jika kita saban hari menggunakan internet dan membayar bil broadband tetapi tidak mahu atau tidak tahu merebut peluang mencari wang melalui internet. Ada di antara mereka telah meraih ratusan malah ribuan ringgit hanya melalui internet. Tentu anda yang mendengar kenyataan ini tidak percaya akan kata-kata saya. Mereka tidak percaya kerana mereka tidak tahu bahawasanya, lubuk emas ada di internet.
Saya pernah mendengar cerita tentang seorang budak 17 tahun dan meraih pendapatan $USD70,000 sebulan. Ashley Qualls nama di beri. Beliau membina laman web yang menyediakan Myspace layout untuk digunakan di dalam Myspace profile bagi kelihatan lebih menarik. Dengan idea yang simple, beliau mampu meraih pendapatan yang sangat lumayan.
Tidak hairanlah mengapa Irfan Khairi juga mampu menjadi jutawan melaui internet dengan berbekalkan idea menjual Peta Malaysia. Bayangkan~

