Sat 7 Jun 2008
Fokus
Posted by AbdulHafiz under Tips Perniagaan
5 huruf yang sangat simple tetapi besar maksudnya. Itulah dia F.O.K.U.S = FOKUS. Kita selalu di perdengarkan dengan perkataan ini. Tapi kadang-kadang kita buat endah tak endah je. Buat tak tau je. Sama ada sedar atau tak kita main redah je. Saya bukanlah orang yang fokus. Dan selalunya sayalah orang yang paling cepat hilang fokus.
Jom saya cerita sikit pengalaman saya mengenai fokus. Hehe.. pada ketika saya menulis artikel ini, saya ingin membuat pengakuan bahawa saya tidak pernah mendapat duit dari internet hasil dari perniagaan. Huhu.. Kalu ada pun hanyalah melalui program Paid To Click, HYIP dan beberapa khidmat freelance yang saya dapat.
Kini, saya ingin serius untuk menjana wang melalui internet. Saya yakin bahawa ianya adalah tidak mustahil. Lihat saja bukti di sekiling, berapa ramai ribuan, jutawan telah lahirkan melalui perniagaan internet ini. Yang penting, KETEKUNAN, KESABARAN dan FOKUS.
Jangan pula jadi macam saya. Saya pernah dalam situasi hilang fokus apabila sampai di langkah pertama!. Saya tak tau nak fokus yang mana? Affiliates? Adsense? Ebook? Dropshipping? Semua method saya nak buat dan semua saya nak kuasai. Akhirnya terbazirlah beberapa bulan saya di depan PC hanya untuk menelaah method-method tersebut. Action takdak. Habuk pun takdak. Hehe..
Jadi, tentukan apa yang anda inginkan. Fokus pada 1 method saja buat ketika ini. Bila dah ok, dah stabil, ada masa, ada rezeki, tambah method lain pula. FOKUS! FOKUS! FOKUS! Jangan ikutkan sangat perasaan tamak. Itu nafsu tu = syaitan. Dan 1 lagi, buat kerja bagi habis. Jangan main tinggal-tinggal separuh jalan je.
p/s FOKUS + SABAR x RAJIN = $$$
![]()
No Responses to “ Fokus ”
Comments:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.