So? Mana satu mindset yang anda pegang? Rata-rata akan menjawab, business mindset tapi hakikatnya adalah makan gaji mindset (saja la tu nak tunjuk lagak). Berapa ramai di antara kita di didik dan di tanam pemikiran orang makan gaji sejak dari kecik. Ok, saya bagi contoh, perasan tak masa kita kecik-kecik dulu, mak selalu kata – “nak, belajar rajin-rajin, nanti dah besar boleh KERJA bagus-bagus, gaji besar, hidup senang” ada tak?

Kenapa tak ada pulak yang kata “nak, belajar rajin-rajin, nanti dah besar boleh BUAT BUSINESS yang bagus-bagus, income besar, hidup senang” kan?

Dari kecik lagi kita ditanam pemikiran untuk bekerja, bekerja dengan orang. Makan gaji. Satu lagi contoh saya nak share, and apa kata kitalah yang merubahkannya. Bila time kecik-kecik abah bersiap kemas-kemas kita selalu tanya “abah nak pergi mana?” dan abah akan jawab “abah nak pergi KERJA”. Nih sebenarnya psycho juga nih, sedar tak sedar kita ditanam dengan pemikiran KERJA sekali lagi.

Dan sedar tak sedar juga dari situ kita nampak yang indah dan nikmatnya kerja. Apa kata kalau kita tukar sikit kali ni. Kita tukar untuk anak-anak kita suatu hari nanti kalau mereka tanya “abah, abah nak pergi mana?” kita jawab “abah nak pergi BUAT BUSINESS sayang” atau “abah nak pergi CARI DUIT sayang” haa.. amacam? Ok tak?

p/s fikir tak ada duit @ fikir macam mana nak cari duit?

5 huruf yang sangat simple tetapi besar maksudnya. Itulah dia F.O.K.U.S = FOKUS. Kita selalu di perdengarkan dengan perkataan ini. Tapi kadang-kadang kita buat endah tak endah je. Buat tak tau je. Sama ada sedar atau tak kita main redah je. Saya bukanlah orang yang fokus. Dan selalunya sayalah orang yang paling cepat hilang fokus.

Jom saya cerita sikit pengalaman saya mengenai fokus. Hehe.. pada ketika saya menulis artikel ini, saya ingin membuat pengakuan bahawa saya tidak pernah mendapat duit dari internet hasil dari perniagaan. Huhu.. Kalu ada pun hanyalah melalui program Paid To Click, HYIP dan beberapa khidmat freelance yang saya dapat.

Kini, saya ingin serius untuk menjana wang melalui internet. Saya yakin bahawa ianya adalah tidak mustahil. Lihat saja bukti di sekiling, berapa ramai ribuan, jutawan telah lahirkan melalui perniagaan internet ini. Yang penting, KETEKUNAN, KESABARAN dan FOKUS.

Jangan pula jadi macam saya. Saya pernah dalam situasi hilang fokus apabila sampai di langkah pertama!. Saya tak tau nak fokus yang mana? Affiliates? Adsense? Ebook? Dropshipping? Semua method saya nak buat dan semua saya nak kuasai. Akhirnya terbazirlah beberapa bulan saya di depan PC hanya untuk menelaah method-method tersebut. Action takdak. Habuk pun takdak. Hehe..

Jadi, tentukan apa yang anda inginkan. Fokus pada 1 method saja buat ketika ini. Bila dah ok, dah stabil, ada masa, ada rezeki, tambah method lain pula. FOKUS! FOKUS! FOKUS! Jangan ikutkan sangat perasaan tamak. Itu nafsu tu = syaitan. Dan 1 lagi, buat kerja bagi habis. Jangan main tinggal-tinggal separuh jalan je.

p/s FOKUS + SABAR x RAJIN = $$$

Hai, bertemu kembali. Hehe, macam host rancangan TV la pulak. Lama dah rasa saya tak update dan post kisah-kisah terkini. Sejak dua menjak ni saya tak tahu apa dah terjadi pada saya. Kejap terasa semangat, kejap lemah semangat, kejap gembira, kejap sedih. Tapi saya tahu, apa yang penting “life must go on!”

Pandang ke hadapan. Ketepikan sementara masalah yang menimpa. Dan bukannya hanya sibuk fikirkan masalah, tapi habuk pun takdak! Hanya fikir tapi takde action. Tak guna kan?

Kadang-kadang, tengah duduk diam sorang diri, terfikir jugak, apa aku akan jadi suatu hari nanti? Apa aku 2tahun akan datang? Macam mana keadaan aku 5tahun mendatang? Adakah aku dah ada kereta sendiri? Atau masih lagi dok pinjam kereta parent? Aku dah berkeluarga ker time tuh? Mampu ker aku nak jaga anak orang?

Haa… macam mana la kan?

 

Abdul Hafiz

Dengan menggunakan internet sebagai medium untuk berniaga, terdapat pelbagai cara dapat dilakukan untuk menjana wang dari internet. Antara cabang-cabangnya adalah melalui kaedah:

  1. dropshipping
  2. auction
  3. produk fizikal
  4. produk digital
  5. perkhidmatan dan banyak lagi.

Menyertai Program Affiliate dan menjual beli ruang iklan juga antara cabang menjana wang dari internet.

Anda perlulah mengkaji telebih dahulu setiap perniagaan sebelum anda menceburi bidang tersebut. Pilih yang terbaik dan bersesuaian dengan jiwa anda. Tidak mengapa jika pada mulanya anda buat kerana terpaksa, tetapi pastikan anda mempunyai planning jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengingatkan anda sentiasa dalam landasan.

Ini adalah biasa kerana anda perlu menghadapi ‘breakthrough’. Saya suka menyentuh kata-kata dari bijak pandai yang mengatakan:

“Jangan buat apa yang kita suka buat, tetapi buat apa yang kita perlu buat”

Lambat-laun pastinya keikhlasan itu hadir dengan sendirinya tanpa kita sedari. InsyaAllah

Abdul Hafiz

Pertama kali saya dengar perkataan kat atas ni, terasa WOW! . Stylo, menarik dan penuh dengan maksud-maksud tersurat dan tersirat. Hehe..

The power of imagination atau dalam Bahasa Melayu nya adalah Kuasa Imaginasi (erk, kenapa rasa macam kurang POWERnya bila dalam Bahasa Melayu?) ini merupakan antara perkara asas yang kita selalunya tidak perasaan.

Tidak perasan akan kehadirannya, tidak perasan akan kewujudannya, tidak perasan akan kuasanya.

Kuasa imaginasi ini sangat universal di mana tidak kiralah anda di dalam sektor mana sekalipun, baik kerajaan, swasta, pelajar, penganggur, bekerja sendiri atau mempunyai perniagaan sendiri asalkan anda adalah seorang MANUSIA anda mempunyai hak untuk menggunakannya. Tidak ada sesiapa yang berhak untuk menghalang anda daripada berimaginasi.

Cara pemikiran kita adalah kunci utama akan berimaginasi. Ada imaginasi yang berunsur positif dan ada juga yang berunsur negatif. Tidak kiralah positif ataupun negatif, (alang-alang lebih baik berimaginasi ke arah positif) jika kita fokus, yakin, berusaha dan sentiasa bersedia akan imaginasi kita, insya-Allah imaginasi akan menjadi realiti.

Mereka yang mempunyai imaginasi bukanlah tidak bijak berbanding dengan orang yang tiada imaginasi. Tetapi golongan inilah yang lebih bijak berbanding mereka yang tiada imaginasi. Tahukah anda bahawa jutawan-jutawan di luar sana kebanyakannya bermula dengan ‘bukan jutawan’.

“Mereka bukanlah seorang millionaire sebelum mereka menjadi millionaire”

Sudah bersedia untuk berimaginasi?

Tapi bagaimana pula jika :
Saya tak reti berimaginasi!
Imaginasi saya lari dari landasan!
Saya cuma kuat berangan, takde effort, tak guna jugak!
Buang masa je imaginasi, effort yang penting!!
Saya takut berimaginasi!

Bagaimana?

Abdul Hafiz

Next Page »